Sunday, 15 September 2019

September Update!! Woot Woot!

Mari kita bekerja keras! Hoyeah!!
Assalamualaikum..

Apa khabar? Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat dan stress free hendaknya. Dah jadi sebulan sekali aku update blog nie. Takpe, tak ramai yang baca pun kecuali sesetengahnya. Dan aku. Kan blog nie ala-ala diari peribadi. Although tak semuanya aku kongsi. LOL.


Hari ini aku bersyukur sangat sebab elektrik ada. Dari hari Khamis lagi rumah sewa aku tak ada elektrik, TNB potong sebab banyak bil elektrik tertunggak. Gulp! Banyak sangat kot. Around RM 900 something. Tuan rumah kata tak payah bayar but i didn' think that the bill would be this high. 

Baik aku ngan roomate aku bayar jer. Nak ngeluh pun tak guna.

Nasib baik berjaya diselesaikan. Aku pun dah berbincang dengan ayah kepada tuan rumah agar bil elektrik hantar terus ke rumah sewa. Biar setiap bulan kitorang bayar sebab rasanya tak banyak mana. Air-cond pun tak pakai. Apatah lagi tv. Ada pun peti ais mini jer. 


Enough of that. Esok adalah Hari Malaysia, di mana terbentuknya negara Malaysia hasil gabungan dari negeri dari Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak. Aku kerja esok jadi tak terasa sangat nak meraikan hari tersebut. Mungkin tengok kat tv esok kat tempat kerja sambil bekerja. Hari Kemerdekaan pun macam tue jugak. Worst, aku awal-awal lagi tidur.

Xder nak berjaga kira countdown se'excited' macam dulu. Mungkin sebab semakin berusia. (Padahal baru 29..).


Minggu nie macam-macam benda terjadi. Dari jerebu dan panas yang berpanjangan (terima kasih negara jiran) kepada kempen BMF iaitu Buy Muslim First di mana Melayu Muslim menyokong produk keluaran Muslim dahulu. Bukan boikot yer. Mendahulukan produk Muslim sekali gus membantu dari segi ekonomi. Satu langkah yang baik pada pandangan aku.

Kerja macam biasa. A bit busy this month and also October due to temu janji pakar nefro. Banyak yang nak kena siapkan. Charting, blood taking etc. Harap semuanya berjalan dengan lancar.

Dalam bulan nie jugak aku luangkan masa dengan famili ke Langkawi untuk bercuti. Akhirnya impian Mama tercapai bila jejak kaki ke pulau lagenda. Banyak aktiviti yang kitorang buat di sana. InsyaAllah akan aku buat satu post baru bercerita tentang pengalaman sepanjang tour tersebut. 


Rasanya cukup la kot untuk update kali ini. InsyaAllah rajin aku menaip lagi. Till then. Thanks for reading y'all!!

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...