Saturday, 8 June 2019

Syawal Slumberland...

Berkurta bagai. Hahaha.. Mat Ri Yer!
Assalamualaikum. Yes, your big buddy here updating on his blog on recent things that happening and keep you up to date. Be smile will ya? Bukan senang nak nampak aku rajin menaip.

Hari ini merupakan hari ke 4 aku menyambut Syawal. Tahun nie aku bercuti selama 4 hari iaitu dua hari sebelum raya sehingga ke Syawal kedua. To be honest, tahun ini aku lebih sayangkan Ramadhan, lebih merindui bulan puasa dari Hari Raya Aidilfitri.

I don't know why. Maybe sebab the absentees of para-para pembisik kejahatan? Di mana bulan itu merupakan bulan tarbiah diri, untuk memperbaiki diri dengan amal dan ibadah (although nak habis Ramadhan dah nampak tanda-tanda malas nak pergi terawikh, ish ish ish..)

And hari raya nie lak aku sememangnya kurang aktif. Raya kedua aku kena selesema dan sakit kepala. Banyak duk rumah jer, moody sket. Maybe sebab rumah da tak cukup korum. Adik kedua aku dah start kerja hari tue. And ditambah dengan sedih sebab kereta adik aku pecah tayar masa dalam perjalanan menghantarnya ke hospital.

A little bit mixed feeling. Or maybe sebab aku dah tua? Maybe la.

So, dua hari dah aku bekerja bermula semalam which is Friday. Oh, semalam juga perginya salah seorang dari pesakit aku ke Rahmatullah. Kematian yang teramat dicemburui sebab dia meninggal pada hari Jumaat dan pada bulan yang mulia iaitu Syawal.

Juga kematian seorang imam di Kedah semasa memberi khutbah Jumaat di mana beliau rebah ketika berdiri di mimbar sambil membaca teks khutbah. Ternyata kematiannya amat dimahukan oleh setiap mukmin iaitu mati dalam husnul khatimah. Semoga roh kedua-dua insan ini berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Kerja as usual. Sibuk. Jammed jalan pula sudah semestinya menjadi makanan ruji para perantau termasuk aku masa nak datang ke tempat kerja dari rumah. Malah kesesakan itu bermula sebelum raya lagi. Kemalangan pun banyak. Mengantuk barang kali, laju atau cuai. Stay safe and drive safe. Pesanan penaja. Heh.

Driven force aku untuk menaip blog nie as usual.. listen to HUJAN's songs. Nostalgic dan easy to listen. Taste aku kot indie nie. Flow idea mencurah lepas dengar lagu. Apa yang tak terkata akan diluah. 


Me?

- Semalam baru lepas buat pembersihan, bersihkan rumah. Kemas yang mana patut. Start trimming janggut ngan jambang, misai. Nampak kemas la sikit dari serabai.

- Berat? Kejap. 120.9 kg, entah bila nak turun. Hahaha..
- Future planning? For now simpan duit untuk bayar roadtax. Kah kah kah.. and buat saving kecil-kecilan. Maybe stand-by beli phone baru bila Huawei kesayangan aku tak boleh pakai dek kesan dari Trump durjana. Curse you abang rambut perang.
- Someone in life? For now my family is my everything.


Achievement Binge Watch,
- The Blacklist/The Flash - Tunggu season baru.
- Radiation House (J-Dorama)
- Us - Done. Buat aku teringin nak tengok Get Out. Nak complete Duology karya Jordan Peele.


Ok. Dah meraban banyak dah nie. Ingat nak taip sikit je, sekali dah tertulis satu chapter lak. Kah kah kah.. Man, I can really make a novel if I continue like this right?

Assalamualaikum.

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...