Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap berada dalam keadaan sihat walafiat. Di sini panas dan kadang kala hujan. Maaf, jarang hujan. Petang lebih kepada angin sepoi-sepoi bahasa yang menyambut kepulangan aku dari seharian bekerja di klinik. Hari-hari sibuk kecuali Jumaat. Sebab hari itu sahaja tiada sample darah aku ambil.
Kalau tak, sehari sampai 30 lebih sample darah untuk pelbagai ujian. Sebut je ujian apa, semuanya ada. Hahaha.. Kadang jumpa vena untuk ambil darah, kadang tidak. Begitulah rutin harian pagi Encik Iqbal Hakim. Kain lap peluh jangan dilupa sama sekali.
Kuku pun kena potong lepas habis celoteh aku nie. Panjang. Teringat pesakit yang aku dah cabutkan kuku dia, sebab tangan terpotong. Kena apa aku tak tahu. Harap pesakit tue cepat sembuh. Juga kepada pesakit-pesakit lain yang dah aku periksa. Dari tekanan darah tinggi kepada sesak nafas dan terakhir tadi pesakit ada kekejangan pada seluruh badan. BP tinggi. Tiada sejarah darah tinggi. Tapi pesakit kata mungkin sebab terlebih kerja.
Siang kerja buat rumah. Malam jadi jaga sekolah. Langsung tiada rehat. Dia minta aku 'masuk air'. InsyaAllah, badan dia akan pulih. Biasa terjadi. Aku turutkan sahaja apa pesakit tue kata. Teruk sangat pesakit tersebut bekerja. Dua kerja tanpa rehat. Doktor suruh rehat, nak bagi M.C pun pesakit tak nak. Sebab katanya kalau M.C pun gaji kerja jaga tetap kena potong. Hakikat ekonomi dan kehidupan sekarang. Semakin sempit. Kesian kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Masuk bulan berkempen. 7 April lepas bubarnya parlimen di mana akhirnya rakyat akan mengundi untuk masa depan negara. Manifesto dan kempen giat diadakan. Menteri dan wakil rakyat turun padang bertemu rakyat iaitu pengundi. Menabur janji manis seperti biasa. Agar kekal menang dalam pilihanraya umum.
Aku nak mengundi tahun nie sebab tahun sebelumnya aku tak berpeluang. InsyaAllah moga dapat peluang balik ke kampung dan mengundi calon pilihan. Siapa dan parti mana? Aish, undi saya adalah rahsia. Hahaha.. Isunya sekarang sebab hari mengundi ditetapkan pada hari Rabu. Atendan yang kerja klinik sekali dengan aku pun terkejut. Belum pernah dalam sejarah pilihanraya umum akan diadakan pada hari Rabu dan bukannya pada hari Sabtu.
Mungkin aku berpeluang cuti tapi mereka yang lain? Kena minta cuti semata mata untuk balik ke kampung halaman dan mengundi seperti aku. Kalau jatuh pada hari cuti sedikit lega kerana boleh bersiap awal dan hadir untuk mengundi tanpa memikirkan bebanan kerja. Tapi itu pada pandangan aku. Lebih mudah rasanya sekiranya hari mengundi jatuh pada hari cuti umum.
Doakan aku dapat request cuti pada hari membuang undi. =)
Done. Terima kasih membaca.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Dugaannya..
Listen right now : Hujan - Dugaannya.. Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...
-
Assalamualaikum. A very good afternoon kepada aku dan yang lain yang membaca. It's 3rd Ramadhan 1445 Hijriah bersamaan 14 April 2023, ha...
-
It's really tiring this week. Kerja straight 3 hari 12 jam dengan bagi talk hari ini. Not to mention rumah dan depan rumah yang kotor. B...
-
mak aih sengih! hahaha.. seperti yang tertera di atas.. sememangnya saya menyambut Syawal dengan chill, sedikit happy dan sekelumit sedi...