Assalamualaikum.
Ok, beri salam, CHECKED. Intro lak. Hahaha..
Apa khabar semua yang membaca? Diharap agar anda sihat walafiat dan dalam rahmat serta kasih sayang Allah. Sudah lama tak update blog. What I've been doing for the past month. Banyak perkara berlaku sepanjang bulan Julai. Ada manis pahitnya. Let me tell you one by one.
Ok, zone out kejap. Idea hilang. Hahaha..
Well, sekarang aku banyak update di Instagram. Follow dan unfollow, banyak tengok story dan update dari kebanyakannya orang-orang yang terkenal. Jujur aku rasa nak terkenal juga bila dah tengok diorang ada ramai pengikut dan terkenal. Lama kelamaan aku fikir, apa gunanya terkenal tapi tiada lagi privasi untuk diri sendiri. Sememangnya seronok. But at the same time pergerakan semakin terbatas.
Aku banyak baca pasal penyakit 'AIN', di mana kehidupan seseorang itu serba tidak kena setelah banyak berkongsi kebahagiaan pada public. Aku bersetuju bahawa kebahagiaan itu harus dikongsi dan kecantikan itu juga adalah hak milik Allah, jadi mempamerkan menunjukkan tanda kita bersyukur dengan pemberian yang Allah beri. Akan tetapi bila mana banyak masalah dan kesulitan terjadi...
Pernahkah kita terfikir bahawa tak semua orang akan gembira dengan kebahagiaan kita? Lantas mereka hasad dengki dan hantarkan macam-macam perkara dan 'makhluk' ghaib untuk memporak perandakan keluarga, merosakkan hubungan serta merugikan perniagaan.
Benda ini terlalu halus untuk mereka lihat. Tapi bila terasa kesulitan dalam setiap perkara mereka lakukan, maka fikirkanlah apa perlu semua perkara kita kongsikan di media sosial. Beringat dan cuba untuk kurangkan post tentang segalanya. Tak semua mereka ada apa yang anda ada.
Lebih baik zuhud, tunduk bersyukur kepada Allah dengan segala yang telah diberi dari berkongsi segalanya tanpa mengira isi hati mereka yang melihat.
Done on one issue that is always lingering in my mind. Hehehe..
Another thing, this is about social media juga is the fact that semua orang suka menularkan diri untuk menjadi terkenal. Suka mencari publisiti murahan atau CAPAP (terma masa zaman sekolah menengah aku). Tak perlu aku cakapkan tentang apa sebab dah terlalu banyak. Tentang artis, tentang perselisihan faham, tentang video buli dan berbagai.
Boleh kata setiap hari ada benda viral di Facebook, Instagram dan Twitter. Pada pendapat aku, kita dah terlalu banyak menghabiskan masa dengan media sosial. Lebih dari biasa. Tipu kalau aku cakap sebelum tidur kita takkan check dulu telefon untuk buka media sosial. Rata-rata akan buka phone dan setting brightness bagi dim untuk layari internet sampai badan letih.
Sampaikan sekarang ada yang ketagih dengan media sosial. Sehari kalau tak post apa-apa memang tak sah. Berkongsi pelbagai perkara mengenai dirinya, kehidupannya yang seharusnya menjadi peribadi. Aku pernah tengok kawan-kawan aku yang setiap harinya post gambar di Facebook dan Instagram. Buat yang lain meluat termasuk aku. See? All the negative thinking rooted from this.
Masa banyak yang kita ada itu sebenarnya boleh diluangkan untuk ke arah perkara lebih baik dan produktif. Macam bersenam atau membaca. Namun siapalah aku untuk mencadangkan semua ini sebab aku pun sama addict dengan media sosial. Haish..
So, for me, i think that we should lessen our personal post. Lebih kepada berkongsi benda ilmiah dan memberi maklumat. Pada masa yang sama pastika sumber perkongsian kita itu benar sahih dan ada sumber rujukan. Sebarkan kebaikkan dengan niat untuk berkongsi dan memanfaatkan yang lain, bukan dengan riak dan takabur menyatakan diri ini lebih baik dari yang lain.
InsyaAllah usaha sama-sama kita untuk cuba kurangkan masa kita di media sosial dan habiskan masa berzikir dan bertasbih kepada Allah. Biarpun kurang. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Baca dah kan? Senang. Ulang berkali-kali sehingga hati tenang. Roh kita amat kurang makanannya kerana kita leka dengan dunia. Letakkan akhirah sebagai keutamaan utama semua. Moga Allah rahmati setiap perkara yang kita lakukan untuk mengubah diri.
Alhamdulillah. Done. Sampaikan walau satu ayat.
Tata. Adieu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dugaannya..
Listen right now : Hujan - Dugaannya.. Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...
-
Assalamualaikum. A very good afternoon kepada aku dan yang lain yang membaca. It's 3rd Ramadhan 1445 Hijriah bersamaan 14 April 2023, ha...
-
It's really tiring this week. Kerja straight 3 hari 12 jam dengan bagi talk hari ini. Not to mention rumah dan depan rumah yang kotor. B...
-
mak aih sengih! hahaha.. seperti yang tertera di atas.. sememangnya saya menyambut Syawal dengan chill, sedikit happy dan sekelumit sedi...
No comments:
Post a Comment