Saturday, 25 June 2016

Penamat Yang Indah, Pecutan Menuju Keampunan..

Semoga kau tenang di sana..

I had many chances in my life that I wasted. I might seems busy but actually I'm the one who finding myself occupied with things that weren't even important for me. As time flows, regrets and sadness are the only moments that I can share with myself. Appreciate the time and the ones that you cared. Everytime, everyday.

Assalamualaikum. Diberi peluang untuk menaip dan menghirup udara segar adalah antara nikmat pemberian Allah yang tidak terkira kepada aku. Dalam sesibuk mana diri, atau menyibukkan diri sendiri.. ada juga masa untuk aku bersila menghadap laptop sambil menaip tiap apa yang tak terucap oleh mulut, nukilan idea dan perkara yang berlaku dalam masa seminggu ini.

Pertama, aku sedeqahkan al-Fatihah kepada arwah pak sedaraku, Nurulbakti Imran yang telah menghadap Illahi pada 20 Jun 2016, pagi waktu Malaysia. Beliau meninggal dunia disebabkan serangan jantung semasa tidur. Amat mengejutkan kerana beliau satu-satunya bapa saudara sebelah mak yang agak rapat dengan aku, dari kecil hingga dewasa.

Jasa dan keceriaan dia akan aku rindui. Jenaka dan juga nasihat yang diberikan juga akan aku semati dalam minda dan kotak memori. Meninggalkan isteri dan dua orang anak, aku jadi sebak. Mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Semoga Kak Sue tabah dalam menghadapi hari mendatang dengan kekuatan dan semangat yang tinggi. Amin.

Pulang aku ke kampung menunggu jenazah sampai ke rumah dari Hospital Sungai Buloh. Dalam pukul 9.00 malam, jenazah tiba di rumah. Ramai sahabat dan sanak saudara hadir menziarahi arwah buat kali terakhir. Setelah imam tiba, aku dan jemaah solat jenazah dan terus ke perkuburan di Perol untuk pengebumiannya.

Masuk ke liang lahad sambil membantu mengangkat jenazah adalah perkara baru bagi aku. Sama-sama memasukkan jenazah ke dalam liang lahad, menutup dengan kayu lahad lalu dikambus tanah ke lahad sehingga selesai. Kemudian talkin dibaca oleh imam. Suasana sayu dan sepi diiringi bunyi hujan renyai yang tenang menangisi pemergian insan ini.

Sememangnya Allah lebih sayangkan dia.

Moving on. Kini sudah masuk fasa terakhir atau minggu akhir Ramadhan iaitu 'pelepasan diri dari api neraka'. Sekejap je aku rasa Ramadhan berlalu. Semakin hari semakin ramai menunggu saat Syawal tiba. Aku? Terkesima seketika menaip. Sedih kerana Ramadhan semakin pergi meninggalkan diri. Sesal, kerana amal ibadah dan keikhlasan diri untuknya juga tidak sekuat mana. 


Mungkin dek terisi masa dengan dunia hingga lupa meletakkan hati, memperhambakan diri kepada Allah. Benar kata orang, pabila syaitan diikat.. maka yang berperang dengan kejahatan itu adalah diri manusia itu sendiri. Bertarung dengan nafsu dan keinginan yang tak pernah kenyang. Lalu ia memakan diri. Nauzubillahi min zalik.

Dalam kesempatan 20 Ramadhan ini aku berdoa kepada Allah, semat dalam hati agar dapat memperbanyakkan amal ibadah, berzikir dan ikhlaskan hati dalam kerja. Misi mencari Lailatul Qadr sudah pastinya. Melekakan diri dengan bacaan al-Quran dan diam, menuturkan perkara yang baik dan penting sahaja. Moga usaha aku ke arah kebaikkan ini diberkati dan diredhai Allah.

Kerana aku hanya seorang pendosa tegar, seorang fasik yang mendambakan pengampunanNya.

=)

1 comment:

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...