Monday, 27 April 2015

Arigatou Minasan!!

Paling sulung.. paling bongsu..
Blue Swede - Hooked On A Feeling..

Too long. It's too long. 2 week to be exact. Demam denggi dan suspek leptospirosis. What could go wrong? Oh yeah, admission for about 4 days, not to mention demam selama sepuluh hari lebih.

Sememangnya April menduga kesabaran dan ketahanan diri sendiri. Aku tak pernah sakit dalam tempoh yang lama.

Selalunya bila sakit masih ada deria rasa untuk makan. But until now my body is weak. Selera makan kurang. Belum dikira berat badan yang sememangnya susut mendadak.

5 perkara yang selalu orang ambil ringan. Kemudahan yang telah Allah beri tapi tak semua syukur dan hargai, salah satunya adalah nikmat sihat sebelum sakit.

Orang lain yang sakitnya mungkin lebih lama, kesengsaraannya lebih perit, belum tentu boleh bersabar dengan ujian Allah. Aku demam lama pun tiap tiap hari berfikir, bila sakit nie akan sembuh. Aku kemudian tengok mereka yang lain. Ada yang sakit gout di sendi. Setiap hari mengadu nasib kepada Allah atas ujian yang menimpa dirinya.

Ada suspek darah tinggi dan sakit jantung. Terus menung lama tengok diorang. Alangkah tidak bersyukurnya hamba Allah sorang nie. Ish.. ish.. ish..

Sakit yang lama ini juga banyak mengajarkan aku erti menghargai setiap usaha, penat lelah dan ambil berat dari mereka yang selama nie berjuang, bekerja bersama sama aku. Terasa setiap pemberian, setiap perhatian yang diberikan amatlah dihargai dan aku tak mampu nak balasnya. Dari beli air 100+ dalam 2-3 botol untuk aku minum bagi rehidrat, paksa aku minum jus betik yang telah dikisar ( sememangnya rasa pahit terlampau.. )


Juga bubur dimasak penuh kasih sayang oleh mereka yang aku anggap sebagai orang tuaku di sini. Terasa sebak sebab mama abah pun sama ambil masa dan peluang untuk ziarah anak mereka yang sakit di sini.

Tidak dilupa juga kepada jasa-jasa staf staf hospital tidak kira sama ada M.A, sister, nurses, atendan dan mereka yang datang ziarah aku time aku sakit. Allah sahaja yang mampu balas setiap jasa anda. Dari ambil darah kat lengan kanan, hingga masuk N/Saline sampai 10 pint. Kepada doktor yang sentiasa review dan keep up to date pasal kesihatan diri ini. Terima kasih doktor atas nasihat dan juga concern pasal kesihatan diri saya. InsyaAllah makan ubat saya tak tinggal. =)

Paling aku tak boleh lupakan mama dan abah sanggup datang dari Kelantan semata mata nak melawat anak mereka di sini.. siap bawa adik adik lain. Terharu sangat. Spend masa dengan diri nie, tolong sama sama kemas rumah, beli kelengkapan rumah yang serba kurang ini. Terima kasih abah, lampu dah boleh pasang kat bilik air. Kepada mama yang beli barang barang dapur. Saya anak lelaki sememangnya tak pandai masak dan tidak tahu barang dapur apa lagi yang nak dibeli. Hehehe..

Pengorbanan masa dan wang, waktu dan tiap tiap perkara yang dibuat amatlah dihargai. InsyaAllah, kalau ada peluang aku nak balas balik setiap kebaikkan yang telah dilakukan oleh mereka ketika aku sakit tenat. Ya Allah, ku doakan kesejahteraan, permudahkan urusan diriku dan setiap insan yang membantuku ketika aku sakit.  Murahkan rezeki kami dan kurniakan keberkatan dalam setiap perbuatan yang kami buat. InsyaAllah..

Thanks.. for everything...

Monday, 13 April 2015

Monday Sickness..

Rapid fire! Rapid fire! Idea tak ada tapi mahu dicurah. Selagi ada masa dan ruang akan aku luahkan kesemuanya di sini. Kepala sakit tidak peduli. Rapid fire! Hahaha..

Kantoi lak dengan member. Post blog dalam pembikinan. Ayat disusun dah macam budak-budak. Penuh dengan perasaan dan kadang kala nampak immature. Well, that is me. The real me.
Masa penuh dengan pengisian. Menaip dan menaip dan menaip. Kadang kala menulis. Spending my free time thinking and realizing ideas.

Aku dah ada buku catatan untuk aku tulis setiap kali aku buat benda. Thanks AnwarHadi. Dia juga gemar menulis rap dan juga cereka fiksyen bagi sesiapa yang ingin membacanya. Baru lepas baca cerita pasal Heroes. I'm impressed. English aku biasa. Banyak kekurangan yang harus aku perbaiki untuk menjadi seorang penulis. Penulis kreatif.

Dua hari lepas merupakan hari yang agak aneh dan boring bagi aku. Aku tak pergi mana-mana. Spending banyak kat rumah je. Browsing internet. Then install application baru untuk berkenal kenalan di laman maya, di telefon aku. Indeed ramai dalam apps tue tapi bukan semua ramah tamah. Bukan semua jenis jawab salam. Maybe aku belum cukup rupa. Hahaha..

Menaip pada waktu kerja sememangnya ekstrim. Fuh, lepas je solat Maghrib baru ada masa nak menaip balik blog.

Pesakit hari ini? Tak berhenti dari mula aku kerja sampai sekarang. Sememangnya mereka akan mengadu sakit pada hari isnin dan hanya akan berkurangan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. I guess Monday Blues? ( Bad jokes.. sorry.. ) Almost 20 patient aku clerk dengan pelbagai macam penyakit. Common illness macam batuk, selesema dan gatal memang menjadi pesakit harian aku. Then ada juga pesakit yang mengadu sakit macam macam. So? Nasihat baik baik suruh pergi hospital untuk ambil ubat yang lebih kuat bagi tahan sakit.

Coz hospital got lots of medicine? Kinda. But most importantly sebab kebanyakkan kes di klinik aku check nie adalah kes ringan. Yang tidak memerlukan kepada Ix ( penyiasatan macam ambil darah, buat x-ray dan etc.. ) Better management are from hospital, even though the patient were quite many and the waiting period was quite long. Thehee..

OK.. I think i better off.. ada lagi 2 jam sebelum tutup klinik. Ciao.


Tuesday, 7 April 2015

Saya Dan Selasa...

Hari ini hari Selasa.. Saya suka hari Selasa..

Hahaha.. alasan. Hari nie la eden boleh bercuti, beristirehat di rumah. Tidur tanpa ada batasan. Rehat sampai terjaga balik dek kerana masa banyak. Namun aku pun faham, cuti sehari jer. Manfaatkan sebaik mungkin. Jadi awal pagi lagi dah buat check-list kat phone apa nak dibuat hari nie. Boleh kata banyak juga chores dan juga tempat aku nak singgah hari ini.

Pedulikan.. yang penting urusan aku selesai semua hari ini. Ada bertangguh tue aku akan selesaikan.

Breakfast pun agak lewat. Dalam pukul 11 pagi aku jamu makan nasi dengan lauk ayam, ikan goreng rebus. Mi favorito! Kuah singgam sememangnya kena dengan taste bud aku yang emangnya mengidam makanan pantai timur. Nampak makcik duk berbual, aku ambil nasi kat periuk nasi. Portion sikit je ( poyo giler.. hahaha.. ) Lantas makan di meja. Cuaca? Panas terik. Habis makan baru teringat, aisey.. kunci rumah kuaters tertinggal. Nak kena hantar juga nie dah alang alang ke Kuala. Maka walau menarik muka masam aku teruskan usaha naik motor balik rumah ambil kunci.

Lapar la pulak duk update blog nie.. Hahaha.. Kira jap jam.. Baru 5 jam. Sabar. Jangan dilayan sangat keinginan perut tue. Puasa leh je tahan lapar. Kan?

Ok. Naik ke Kuala Kangsar dengan motor aku yang telah banyak berjasa tak kira masa dan waktu. Kesian. Pudar dah warna. Aku naik ke Kuala dengan penuh keazaman. Glove siap pakai lagi. Aku tahu itu mungkin agak poyo memandangkan glove hanya untuk bikers dan riders yang bawa motor berkuasa tinggi. Tapi aku ada sebab nak pakai. Panas. Cuaca memang panas. Udara kering. Sampai je PKD aku selesaikan segala urusan. Dari bagi kunci. Ke bank-in duit. Seterusnya selesaikan deposit bank. There. I'm done.

Petang belum plan apa. Blog tamat di sini. Sekian.. Hehehe..







Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...