Thursday, 15 January 2015

The Test..

Cough Syrup - Matthew Schuler..

With a pale look on my face. Tired of my 12 hours shift, non-stop myalgia, scratchy head, i try my best to type, pouring all my ideas into this empty spaces.

Fighting the urge of laziness, boredom to post a new topic like today. In fact there are so much things to share as i think carefully. Then again i am weak, i seldom forget and careless all the time. ( deep inhalation and full exhalation of regrets.. )

Mengantuknya bukan main setelah aku bawa motor dengan tanpa topi keledar. Yes, you read it clearly my reader. WITHOUT A HELMET. sama ada aku salah letak atau ada orang kebas, aku tak pasti. Cuma yang pasti, esok confirm kena bawak kereta. *sigh*

Ini semua adalah ujian dari Allah agar aku sedar, lebih berjaga-jaga dalam menyusun kata-kata dan berucap dengan berhati-hati. Terlalu banyak percakapan yang sia-sia, bertujuan menghiburkan kawan dan staf tanpa memikirkan isi hati mereka.

Better be a silencer rather then an talkative. Talkative kalau memberi nasihat tak ape. Tapi itu pun kena berjaga-jaga dengan emosi. Manusia bukan robot. Emosi bukan hiburan di kala diri bosan. Ada perkara yang tak perlu dikongsi dan diam.

The sign's are there for me to stop all of this nonsense but I engulf myself in a sea full of comforts. Thinking that i was perfect, and you-you and you aren't. Jadi bila dah terkena satu satu ujian, it try to tell me that there are something wrong you have done. Obviously!!

malu ya Allah.. malu dengan diri ini.. 

And then again there was another thing that led to this heart-broken incident.. ( the missing helmet.. ) that is the negligence of Solah..


solat itu adalah tiang agama. tapi sang manusia ini senang hati melekakan dirinya dengan dunia fana. Yup, akulah manusia itu. Bila diingat kembali, banyak kali aku tinggal solat.

Aku jujur dengan diri. Dengan pembaca. Aku bukan sempurna. Belum sepenuhnya anda tahu pasal sang penaip. Cuma dalam menaip setiap post, aku cuba selindungkan aib. Tapi aku rasa perlu korang tahu bahawa diri kita dalam perjuangan. Untuk pertahankan kebaikkan dan dari terjerumus ke lembah kemaksiatan, kedukaan dan igauan duniawi..

Ku dedahkan kekurangan ini agar kamu tidak mengikut jejakku.. = (

aku harap lepas aku dah mula tekad menaip nie.. aku akan jadi lebih rajin. InsyaAllah. Kalau dah rajin menaip, takkan tak boleh rajin solat kan? Doakan aku agar lebih rajin dalam ibadah. Kurang dalam gosip dan cakap lepas, lebih kepada zikir dan mengingati Allah. Aku rasa terapi ini lebih sesuai. Tiada lagi selindung. Cukup aku dan kau pembaca tahu. InsyaAllah..

Hilang sikit kerisauan. Dunia ini terlalu kejam, rakus membaham kebaikkan dan pahala manusia. Itu adalah ujian sebenar Allah kepada manusia. Lekakah kau dengan kesenangan yang Aku berikan. Yang sebenarnya sementara. Wanita wanita mengiurkan tubuh badan serta lenggok suara menggoda tiap tiap manusia, sehingga kau lupa wanita WAJIB kau lindungi dan hormati? Itu adalah ujian Allah.

This is a test. It is a test.. a test for US if we are a MUKMIN.

Fin.

No comments:

Post a Comment

Coretan 1 Mac 2025

Ramadhan Ya Ramadhan.. Marhaban Ya Ramadhan.. Assalamualaikum. Apa khabar diri yang membaca? Aku harap diri yang membaca berada dalam keadaa...