Wednesday, 14 January 2015

Oh Hiba..

Hiba by Hujan..

Setiap hari aku akan bangun sekejap untuk solat Subuh dan kemudian sambung balik tido. Memandangkan sekarang waktu kerja pun dah tak macam dulu. Kalau dulu bangun awal-awal pagi tak tido dah, masuk kerja pukul 8 pagi dan ditambah dengan kerja 'on-call'.. sememangnya meletihkan..

Tapi sekarang nie dah mula tido balik ( sangat-sangat tak produktif.. hihihi.. ) memandangkan kerja mula pukul 10 pagi..

Dalam tak sedar dah masuk tahun 2015, sekejap saja masuk tahun baru. Walau aku tak ambil tahu sangat.. Hehe. Hari Rabu, kehidupan setiap hari adalah sama seperti biasa.
Cuma pengisian dalam seharian itu kurang.

Zikir dan bertasbih kepada Allah hanya ketika waktu susah sahaja. Kau dan aku tahu, kita hanya ingat Allah hanya bila dalam waktu yang getir terdesak dan mendesak.

Nampak macam ' simple' tapi tahu tak berapa banyak kali dalam sehari kita zikir kepada Dia? Yang Maha Besar sentiasa mengingati dan menjaga hambaNya tapi kita always take Him for granted. Ujian hambaNya ada dua.. time senang dan susah.. time susah sememangnya kita akan kembali kepadaNya tapi jangan time senang kita kata kesenangan ini atas apa kita lakukan.. Astaghfirullah.. minta jauh pemikiran nie..

spend time sikit walau barang sebarang 5 minit.. tarik dan hela nafas bersyukur dan beristighfar.. i know i did it some times..


Dalam 14 hari tahun baru ini macam macam benda berlaku.. dari banjir besar di Kelantan, Perak, Pahang dan Terenggganu.. kepada adegan peluk memeluk adik adik bertudung kita dengan artis Korea.. hingga kepada penemuan bangkai kapal terbang QZ 8501 oleh penyelamat.. pembunuh Altantuya dihukum gantung sampai mati..

See? Banyak benda yang berlaku dalam HANYA 14 hari sahaja.. esok adalah pembayaran bonus kepada kakitangan kerajaan.. jadi jangan terkejut kalau hari nie bos  bos korang atau kawan kawan membelanja tahap gaban.. kerana dia tahu esok duit masuk..
hopefully kita ambil moment sekejap untuk bantu yang memerlukan.. not to be spent vigorously..



mungkin korang semua tak tahu tapi kadang kala aku hampir nak give up menaip post-post baru dalam blog nie.. every single time.. selain dari malas.. lack of things to deliver dan tiada inspirasi..   tapi bila duk baca juga post dari anwar hadi.. aku jadi motivated untuk menaip.. even though dalam minda tak tahu.. tak terlintas idea nak share atau cerita...

so, how bout me? what do i do now?

- currently i'm staying here in Lintang.. duduk kat rumah kuaters kerajaan for a while.. rumah sewa pun dah dapat di area Sungai Siput.. kire dekat la sikit dengan tempat kerja kalau nak berulang..
- sekarang aku kerja di klinik dalam area Sungai Siput.. klinik biasa di tengah pekan.. berapa lama aku stay di sini? tak pasti tapi aku pun nak aim jugak untuk kerja tempat lain nanti..
- gaining a few kilos due to heavy eating and also lack of working.. kerja sekarang lebih kepada bangun dan duduk serta main komputer/laptop memanjang.. hahaha.. ( i know it sad.. huk.. huk.. huk.. )
- doakan supaya diri ini kekal mengingati hakikat bahawa hidup ini sementara.. berpegang pada Allah jua dan sentiasa  istiqamah. Semakin lama aku rasa diri nie semakin jauh dari Allah. Doakan aku semakin dekat denganNya.



simple post je hari nie.. insyaAllah esok next update... =P

No comments:

Post a Comment

Coretan 1 Mac 2025

Ramadhan Ya Ramadhan.. Marhaban Ya Ramadhan.. Assalamualaikum. Apa khabar diri yang membaca? Aku harap diri yang membaca berada dalam keadaa...