
Masa settle ambil kes dari Hospital Bachok.
Aku takut sangat yang aku bakal stop menaip lepas dah habis idea. Atau aku takut nak share apa yang berlaku dalam life aku sekarang. Aku tahu blog aku nie kalau baca pun ada la dua tiga orang, termasuklah isteri aku yang selalu beri support suruh aku menaip balik macam dulu.
Menceritakan kembali segala apa pengalaman yang aku alami dan cerita dengan baik agar dapat menjadi pengajaran pada diri aku sendiri. Untuk aku ambil iktibar.
Jadi aku mulakan.
Assalamualaikum.
Hari ini 6 Januari 2026, cantik tarikh tue. Aku bercuti dan sekarang berada depan komputer, menaip sementara anak sedara aku tengah tonton Didi & Friends bersama isteri dan adik aku. Mama pula tengah beradu rehat setelah seharian penat berjalan hari ini.
Anak sedara aku yang sekarang hampir 11 bulan baru sahaja selesai TCA dengan OT (Occupational Therapist). Re-appointment balik sebab OT yang biasa attend anak sedara aku tak sihat. Jadi, seharian mereka berada di Kota Bharu sementara menunggu ketibaan adik bongsu aku dari Sg Petani, Kedah untuk saringan hafazan bersempena Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kelantan.
Manakala abangnya yakni aku pun hari nie baru je nama dimasukkan dalam peserta azan untuk majlis yang sama tapi peringkat jabatan hospital. Aku pun tak ingat yang aku dah register masuk. Hahaha.. al-maklumlah, HRMiS aku tahun lepas sumbangan 3 jer, satu tue jadi ahli manakala yang lain jadi AJK.
Awal tahun nie memang besar ujian aku, kaki aku sakit. Lutut sebelah kiri aku sakit for no reason dan aku sampai sekarang terpaksa solat duduk. Mungkin terlebih kerja atau over extend/hyper-flex kaki aku masa kerja.
Wife aku lak sekarang nie dalam persiapan untuk praktikal tengah bulan 1 nie. Aku on the other hand sibuk dengan overtime di hospital sebagai escorter, hantar kes pesakit stabil ke hospital-hospital yang telah MO arranged untuk warded. Ada yang sedekat Hospital Tumpat dan sejauh Hospital Gua Musang. Kerja boleh tahan, penat pun sebab seharian dalam ambulan monitor pesakit.
Life in 2025 ada ups and downs dia. Macam-macam perkara berlaku. Akan kurangkum satu persatu andai aku ingat dan aku rasa nak share. So far life was ok. Quite nice Alhamdulillah. Bersyukur atas setiap apa yang Allah beri. Baik atau buruk.
Doakan sahabatmu ini rajin-rajin membuka kembali blog lamanya dan rajin
jejari ini menaip insyaAllah.
Thanks for reading.
Tuesday, 6 January 2026
Eira Mee Rebus Setambung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Eira Mee Rebus Setambung
Masa settle ambil kes dari Hospital Bachok. Aku takut sangat yang aku bakal stop menaip lepas dah habis idea. Atau aku takut nak share apa y...
-
Assalamualaikum... Mengantuk di pagi hari Isnin. Hari kerja hari ini. Nasib baik masuk kerja petang. Jadi ada masa untuk aku kemas rum...
-
Assalamualaikum. Okay, I know that its been a while now. Naah, just kidding. Hey guys and girls. Apa khabar semua? Harap semuanya berada ...
-
Ramadhan Ya Ramadhan.. Marhaban Ya Ramadhan.. Assalamualaikum. Apa khabar diri yang membaca? Aku harap diri yang membaca berada dalam keadaa...
No comments:
Post a Comment