Saturday, 1 March 2025

Coretan 15 Disember 2024

Selamat malam..

Assalamualaikum. How are you my dear self? Masih menaip blog? Masih lagi ada semangat penulis dalam dirimu menaip keperincian kehidupanmu dalam blog yang sudah sedekad lebih? Atau sudah bosan dan sibuk dengan urusan dunia akhirah sehingga lupa keseronokanmu membaca kembali hasil nukilan dari idea dan pengalamanmu yang berharga?

Hahaha.. masih lagi menaip. Diri ini. Biarpun terkadang postnya hanya beberapa perenggan. Tiada gambar yang mahu dikongsi. Hanya luahan demi rintihan dan apa yang dialami sepanjang tempoh masa berlalu. Yang hadirnya pengajaran atau nasihat kepada diri agar kembali berubah ke arah lebih baik. Supaya lebih memperbaiki diri.

Alhamdulillah. Masih lagi diberi kehidupan oleh Allah bersama isteri tersayang dan ibu bapa serta famili. Kedua-dua famili, aku dan isteri. Hari ini 15 Disember 2024. Cuaca mendung dan hujan kadang renyai-renyai, lebat menghiasi dunia dengan kehadiran Monsun Timur Lautnya. Membawa angin dan air hujan yang selebat-lebatnya. 

Sebagaimana yang biasanya begitu setiap tahunnya.

Seperti mana aku yang setiap kali aku menaip, hadirnya menguap dan mengantuk. Sedangkan sudah habis permulaan mukadimah aku taipkan. Semoga seketul Iqbal akan kembali rajin menaip blog seperti dahulu.

Kerja aku hari nie so far ok. Esok bermulalah saat aku balik lewat disebabkan on-call. Dan aku on call selama seminggu sehingga hari Ahadnya. Tengok dari OT list yang aku fotostat tadi sememangnya banyak. Kebarangkalian untuk aku balik lewat esoknya adalah tinggi, kecuali kalau ada kes atau pesakit yang tidak hadir sebab sakit dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Coretan 1 Mac 2025

Ramadhan Ya Ramadhan.. Marhaban Ya Ramadhan.. Assalamualaikum. Apa khabar diri yang membaca? Aku harap diri yang membaca berada dalam keadaa...