Ramadhan Ya Ramadhan..
Marhaban Ya Ramadhan..
Assalamualaikum. Apa khabar diri yang membaca? Aku harap diri yang membaca berada dalam keadaan sihat walafiat. Sudah berapa lamakah kau tak membaca nukilan ini? Seminggu? Sebulan atau sudah setahun? Ternyata masa sibuk seharianmu melenyapkan tekadmu untuk menaip sebulan sekali.
Hari ini Sabtu, cuaca cerah dan angin yang bertiup dengan hangatnya mentari di akhir Sya'ban sebelum bermulanya Ramadhan. Hari rehat Sabtu sebelum bekerja kembali di klinik mata, dengan kekuatan dan semangat Ramadhan. InsyaAllah. Aku baru selesai isi borang cukai yang biasanya dibuat di awal Mac. Senang urusan kalau dah selesai semuanya. Alhamdulillah.
Juga aku dan isteri alhamdulillah diberi peluang memiliki sebuah apartment setelah bertahun menunggu ia disiapkan. Maka bermulalah tanggungjawab kami untuk mereliasasikan impian untuk membuat satu homestay untuk menjana pendapatan tambahan kami suami isteri. Kawasan rumah alhamdulillah strategik dan nampak potensi.
Jadi kami sekarang sedang brainstorming idea deko dan renovasi untuk mencantikkan lagi homestay tersebut insyaAllah. Semoga dipermudahkan usaha kami.
Alhamdulillah kami suami isteri sihat walafiat. Masih diberi kesempatan ruang dan masa oleh Allah untuk beribadah dan beramal serta hidup bersyukur atas segala pemberian Allah. Adik aku Ika dah menjadi seorang ibu kepada seorang baby yang comel. Kesihatan baby dalam pemantauan, moga insyaAllah sihat walafiat beliau nanti.
Dari segi ibadah dan iman alhamdulillah, aku semakin hari semakin baik. Kurang stress dan banyak berzikir dan bersabar. Sentiasa kalimah zikir istiqamah aku lantunkan dalam setiap masa biar hati tidak sunyi dari rahmat kasih sayang Allah.
Kak Teh pun dah bertunang, alhamdulillah dan sedang dalam proses mengumpul duit untuk berkahwin Hari Raya Aidiladha ini bersama cik abangnya dari Kedah.
Saturday, 1 March 2025
Coretan 1 Mac 2025
Coretan 15 Disember 2024
Selamat malam..
Assalamualaikum. How are you my dear self? Masih menaip blog? Masih lagi ada semangat penulis dalam dirimu menaip keperincian kehidupanmu dalam blog yang sudah sedekad lebih? Atau sudah bosan dan sibuk dengan urusan dunia akhirah sehingga lupa keseronokanmu membaca kembali hasil nukilan dari idea dan pengalamanmu yang berharga?
Hahaha.. masih lagi menaip. Diri ini. Biarpun terkadang postnya hanya beberapa perenggan. Tiada gambar yang mahu dikongsi. Hanya luahan demi rintihan dan apa yang dialami sepanjang tempoh masa berlalu. Yang hadirnya pengajaran atau nasihat kepada diri agar kembali berubah ke arah lebih baik. Supaya lebih memperbaiki diri.
Alhamdulillah. Masih lagi diberi kehidupan oleh Allah bersama isteri tersayang dan ibu bapa serta famili. Kedua-dua famili, aku dan isteri. Hari ini 15 Disember 2024. Cuaca mendung dan hujan kadang renyai-renyai, lebat menghiasi dunia dengan kehadiran Monsun Timur Lautnya. Membawa angin dan air hujan yang selebat-lebatnya.
Sebagaimana yang biasanya begitu setiap tahunnya.
Seperti mana aku yang setiap kali aku menaip, hadirnya menguap dan mengantuk. Sedangkan sudah habis permulaan mukadimah aku taipkan. Semoga seketul Iqbal akan kembali rajin menaip blog seperti dahulu.
Kerja aku hari nie so far ok. Esok bermulalah saat aku balik lewat disebabkan on-call. Dan aku on call selama seminggu sehingga hari Ahadnya. Tengok dari OT list yang aku fotostat tadi sememangnya banyak. Kebarangkalian untuk aku balik lewat esoknya adalah tinggi, kecuali kalau ada kes atau pesakit yang tidak hadir sebab sakit dan sebagainya.
Coretan 1 Mac 2025
Ramadhan Ya Ramadhan.. Marhaban Ya Ramadhan.. Assalamualaikum. Apa khabar diri yang membaca? Aku harap diri yang membaca berada dalam keadaa...
-
'' As The Freedom That We Felted For Generations.. Thou Shall Must Acknowledge And Thankful For It.. As A Human.. Their Sanity Is ...
-
Assalamualaikum. A very good afternoon kepada aku dan yang lain yang membaca. It's 3rd Ramadhan 1445 Hijriah bersamaan 14 April 2023, ha...
-
It's really tiring this week. Kerja straight 3 hari 12 jam dengan bagi talk hari ini. Not to mention rumah dan depan rumah yang kotor. B...